Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya wujudkan kelantanyouthcarclub.blogspot.com dan saya berharap dengan adanya blog ini akan menjadi first enterpreneur dalam menghidup dan mengumpul kesemua ahli club kereta supaya bergerak dalam satu bumbung dan dapat berkongsi idea dan seterusnya dapat berkawan antara satu sama lain. Ekoran daripada tindakan Datuk Seri Najib yang mencetuskan idea dalam meletak semua bangsa dalam 1 Malaysia, kami in KYCC berharap juga untuk mengumpul semua club dan bergerak didalam 1 Club yang besar setanding dengan negara-negara luar.
Mungkin ramai yang tidak setuju, namun sekiranya ini tidak dicuba maka akan tidak ada selamanya perubahan. Kami cuba untuk melakukan perubahan demi kebaikan bersama. Dan pada perancangan kami yang awal, kami akan cuba serapkan KYCC dalam Belia dan Sukan dan mana-mana club yang berada didalam KYCC boleh melakukan aktiviti yang berfaedah dengan menggunakan nama KYCC dan mereka tidak perlu lagi mendaftar kedalam Belia untuk melakukan aktiviti secara sah dan besar-besaran.
Kami commitee KYCC berharap KYCC mendapat sambutan yang hangat dari club-club kereta yang lain dan orang perseorangan yang berminat dengan kereta, dan dengan ini juga KYCC mampu berubah persepsi orang luar dengan dunia permotoran di Kelantan... Sekian Terima Kasih...
No comments:
Post a Comment