Tuesday, March 20, 2012

Peraturan JPJ terhadap pengubahsuaian Kereta...

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
1.Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
2.Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
3.Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
4.Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
5.Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa



Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ



Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
1.Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2.Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3.Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4.Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5.Pengubahan ke atas sistem brek.
6.Pengubahan ke atas sistem steering.
7.Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8.Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9.Penukaran enjin.
10.Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-



Pengarah,

Bahagian Kejuruteraan Automotif,

Jabatan Pengangkutan Jalan,

Aras 2, Blok D4, Kompleks ,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya


Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
1.Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
2.Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
3.Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.