Monday, August 22, 2011

UnOfficial TT (UTT) di Umie A.D Restoran

20.08.2011 - Satu UTT dijalankan di Restoran Umie AD yang bertujuan untuk menghimpunkan ahli bagi memudahkan proses pembayaran duit untuk majlis berbuka puasa dan pendaftaran Ahli KYCC. Disamping itu juga, pemasangan sticker Khas KYCC pada 2 buah kereta ahli baru juga dibuat. Buat makluman semua pembaca KYCC merupakan sebuah Kelab yang dianggotai oleh  pelbagai model-model  Kereta di seluruh Negeri Kelantan...Berikut adalah gambar-gambar sewaktu UTT berlangsung.. selamat menjamu mata....





















Sekiranya anda berminat untuk menyertai KYCC, kami amat mengalu-alukan anda. Anda bolehlah menghubungi Commitee Tertinggi bagi sebarang pertanyaan dan kemuskilan.

E-mie Sepet  : 014-5224736
Alif adwa       : 012-4813535
Khairil Mysat : 013-9819331

Saturday, August 20, 2011

Syarat-Syarat Untuk Menyertai KYCC.


Syarat-syarat dan peraturan menyertai Kelantan Youth Car Club (KYCC)
1.   Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan kepada semua pelayar laman blog dan ahli yang ingin berdaftar dengan Kelantan Youth Car Club (KYCC), kami Kelantan Youth Car Club (KYCC) merupakan sebuah Kelab Kereta Campur Negeri Kelantan, dan AJK Tertinggi Kelab KYCC yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pendaftaran keahlian dan mengendalikan segala aktiviti KYCC. Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 dikenakan untuk menjadi Ahli Berbayar KYCC yang pastinya akan mendapat berbagai keistimewaan sebagai ahli dalam komuniti yang kami tubuhkan ini.

Kemanakah wang penyertaan RM50 anda disalurkan?
·          Pelekat Cermin Hadapan Keahlian : RM 25
·          Pelekat Cermin Belakang Keahlian : RM 10 (tambahan)
·          Yuran Keahlian KYCC: RM 15

Jumlah: RM 50 (sekali seumur hidup)

2.     Dengan pembayaran yuran tersebut dan persetujuan yang dibuat oleh ahli pada borang penyertaan, ahli tersebut hendaklah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh KYCC supaya ahli tidak menyalahgunakan nama Kelantan Youth Car Club (KYCC) di mana-mana sahaja.

Syarat-syarat dan peraturan setelah menjadi ahli berbayar:

      I.    Ahli tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama Kelantan Youth Car Club tanpa kebenaran Committee KYCC. Ini kerana, jika tiada alasan yang munasabah aktiviti tersebut diadakan berkemungkinan ianya membawa kesan negatif terhadap masyarakat, dan nama Kelantan Youth Car Club (KYCC) akan menjadi buruk. COMMITEE KYCC tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kes polis akibat aktiviti tersebut.
     II.    Cenderahati, Aksesori, Produk barangan, aktiviti, dan segala aspek yang berkaitan Kelantan Youth Car Club (KYCC) adalah tanggungjawab COMMITEE KYCC. Ahli tidak dibenarkan menggunakan nama Kelantan Youth Car Club (KYCC) untuk tujuan perniagaan tanpa usahasama atau persetujuan COMMITEE KYCC. Ianya bertujuan untuk memastikan tiada yang mengaut keuntungan dari nama Kelantan Youth Car Club. COMMITEE KYCC akan mengeluarkan saman kepada syarikat ataupun ahli yang menggunakan nama Kelantan Youth Car Club (KYCC) untuk tujuan perniagaan tanpa persetujuan atau usahasama.
    III.    COMMITEE KYCC tidak akan bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan luar seperti lumba haram, pengubahsuaian kereta yang tidak dibenarkan oleh JPJ dan sebarang perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada nama Kelantan Youth Car Club (KYCC).
    IV.    Ahli KYCC tidak boleh mempertikaikan sebarang pengubahsuaian dan segala urusniaga COMMITEE KYCC di dalam laman blog dan Facebook Pages KYCC, seperti pengiklanan aksesori, syarikat kereta, jualan baru, produk atau barangan cenderahati KYCC keluaran COMMITEE KYCC. Ini kerana laman blog dan Facebook Pages Kelantan Youth Car Club (KYCC) adalah hak milik sepenuhnya COMMITEE KYCC.
     V.    Setiap perjumpaan atau aktiviti yang diadakan oleh Kelantan Youth Car Club, ahli dikehendaki memakai sticker keahlian KYCC pada kereta masing-masing bagi tujuan ahli senang untuk mengenali sesama ahli.
    VI.    Ahli dikehendaki hadir pada setiap perjumpaan atau aktiviti yang dijalankan kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan.
   VII.    Semua AJK Tertinggi dan Pengurus KYCC Negeri dilantik atas budi bicara COMMITEE KYCC (sebagai Pemilik komuniti) bagi menentukan hala tuju kelab kerana kelab ini adalah dibawah kendalian  COMMITEE KYCC dan jawatan tersebut boleh ditarik balik jika kuasa disalah-gunakan. AJK Tertinggi yang terpilih adalah dikalangan ahli yang hanya menyertai KYCC & MYSAT, atau KYCC sahaja dan bukan dikalangan ahli yang menyertai banyak kelab kereta.
  VIII.    COMMITEE KYCC tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua urusan jual beli sesama ahli. Jika terdapat sebarang penipuan berlaku, ahli hendaklah menyelesaikannya sendiri.
    IX.    Jika anda ingin keluar dari KYCC, keahlian anda dan segala keistimewaan akan ditarik balik. Wang anda juga tidak akan dikembalikan. Dan penggunaan Sticker KYCC di kereta anda mesti dibuang bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah guna nama Kelantan Youth Car Club.

3.     Dengan adanya syarat-syarat dan peraturan di atas, adalah diwajibkan kepada semua  ahli  Kelantan Youth Car Club (KYCC) yang berbayar dapat mematuhi sepenuhnya syarat yang telah ditetapkan oleh COMMITEE KYCC. Tujuan utama syarat-syarat dan peraturan ini dibuat adalah bertujuan untuk  kebaikan bersama dan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku

    Borang boleh didapati disini : http://kelantanyouthcarclub.blogspot.com/2011/02/borang-kelab-kycc.html ataupun boleh terus kepada pihak commitee.

Khairil Anwar           : 013 - 9819331
Muhammad Hilmie : 014 - 5224736
Alif Adwa                 : 012 - 4813535

Acara Pemasangan Sticker pada kereta ahli KYCC

Dibawah adalah acara untuk pemasangan sticker baru pada kereta ahli KYCC yang mana cerminnya telah pecah di area Jeli semasa balik dari perak. So ini adalah pemasangan kembali sticker KYCC pada kereta beliau.