Wednesday, April 18, 2012

Maklumat baru dari JPJ

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012

... Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2. Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan

3. Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru

4. Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonana di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.

Sekian, terima kasih

"MESRA, CEKAP, TELUS"

Saya yang menurut perintah

Sumber dari : SOSG Facebook.

Friday, April 6, 2012

Program Memanah



Kami AJK Tertinggi KYCC telah merancang untuk melaksanakan satu program memanah bagi semua yang berminat untuk menyertainya pada 12 May 2012 (sabtu). Program ini terbuka kepada semua yang ingin menyertai dengan yuran sebanyak RM 40.00/head. Program ini adalah usaha sama dari pihak KYCC dengan pengurusan memanah dalam memperkenalkan sukan ini kepada orang ramai dan memanah ini juga adalah salah satu daripada aktiviti yang dituntut oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Detail bagi Program ini :

Program : Memanah
Anjuran : Kelantan Youth Car Club
Tarikh : 12 May 2012 (tertakluk kepada sebarang perubahan)
Peserta : 20 orang maximum pada satu sesi (2jam)
Yuran Penyertaan : RM 40.00/head
Tarikh Akhir Bayaran Yuran Penyertaan : 28 April 2012

Setiap penyertaan akan diberi sijil penyertaan dan cenderahati dari pihak KYCC. Sebarang perubahan InsyaAllah akan dimaklumkan dari masa ke semasa... 
Untuk mendaftar atau sebarang pertanyaan boleh la menghubungi:

Khairil Anwar : 013-9819331
E-mie : 014-5224736

Tuesday, March 20, 2012

Peraturan JPJ terhadap pengubahsuaian Kereta...

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
1.Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
2.Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
3.Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
4.Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
5.Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa



Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ



Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
1.Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2.Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3.Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4.Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5.Pengubahan ke atas sistem brek.
6.Pengubahan ke atas sistem steering.
7.Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8.Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9.Penukaran enjin.
10.Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-



Pengarah,

Bahagian Kejuruteraan Automotif,

Jabatan Pengangkutan Jalan,

Aras 2, Blok D4, Kompleks ,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya


Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
1.Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
2.Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
3.Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

Monday, September 5, 2011

Kenduri Abang kepada Nasrul Haq MYSAT... KYCC Supporter


01.09.2011 - Pada hari raya ke -3 baru-baru ini, KYCC telah menerima jemputan seorang ahli MYSAT untuk menghadiri majlis perkahwinan abang beliau di Pantai Melawi Bachok. Berikut adalah gambar kenderaan ahli KYCC yang hadir ke majlis tersebut. Terima Kasih juga kepada keluarga Nasrul Haq MYSAT kerana menjemput ahli KYCC untuk sama-sama hadir didalam majlis yang bersejarah ini.








Official TT - Majlis Berbuka Puasa

Salam kepada semua pembaca blog KYCC...
28.08.2011 - Satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan untuk kesemua ahli KYCC yang berdaftar secara rasmi dan tidak rasmi di Restoran Wau Kota Bharu. Majlis begitu meriah ditambah pula dengan kehadiran Penasihat KYCC dan juga President SOC pahang (mie) yang sanggup sama-sama hadir bg memeriahkan majlis berbuka puasa ni. Majlis yang berlangsung tidak sahaja hanya dengan berbuka puasa malahan ditambah dengan sesi bergambar dan juga pemasangan sticker kepada ahli-ahli baru KYCC yang berdaftar. Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini. 















Sesi penyerahan,pemasangan sticker dan sesi bergambar bersama ahli KYCC.








Pemasangan Sticker KYCC pada kereta Mie SOC Pahang, Terima Kasih kerana support KYCC.


Monday, August 22, 2011

UnOfficial TT (UTT) di Umie A.D Restoran

20.08.2011 - Satu UTT dijalankan di Restoran Umie AD yang bertujuan untuk menghimpunkan ahli bagi memudahkan proses pembayaran duit untuk majlis berbuka puasa dan pendaftaran Ahli KYCC. Disamping itu juga, pemasangan sticker Khas KYCC pada 2 buah kereta ahli baru juga dibuat. Buat makluman semua pembaca KYCC merupakan sebuah Kelab yang dianggotai oleh  pelbagai model-model  Kereta di seluruh Negeri Kelantan...Berikut adalah gambar-gambar sewaktu UTT berlangsung.. selamat menjamu mata....





















Sekiranya anda berminat untuk menyertai KYCC, kami amat mengalu-alukan anda. Anda bolehlah menghubungi Commitee Tertinggi bagi sebarang pertanyaan dan kemuskilan.

E-mie Sepet  : 014-5224736
Alif adwa       : 012-4813535
Khairil Mysat : 013-9819331