Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
1.Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
2.Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
3.Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
4.Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
5.Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.
Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa
Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ
Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
1.Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2.Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3.Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4.Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5.Pengubahan ke atas sistem brek.
6.Pengubahan ke atas sistem steering.
7.Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8.Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9.Penukaran enjin.
10.Pemasangan Sunroof di atas bumbung
Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Kompleks ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya
Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
1.Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
2.Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
3.Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.
Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.
Tuesday, March 20, 2012
Monday, September 5, 2011
Kenduri Abang kepada Nasrul Haq MYSAT... KYCC Supporter
01.09.2011 - Pada hari raya ke -3 baru-baru ini, KYCC telah menerima jemputan seorang ahli MYSAT untuk menghadiri majlis perkahwinan abang beliau di Pantai Melawi Bachok. Berikut adalah gambar kenderaan ahli KYCC yang hadir ke majlis tersebut. Terima Kasih juga kepada keluarga Nasrul Haq MYSAT kerana menjemput ahli KYCC untuk sama-sama hadir didalam majlis yang bersejarah ini.
Official TT - Majlis Berbuka Puasa
Salam kepada semua pembaca blog KYCC...
28.08.2011 - Satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan untuk kesemua ahli KYCC yang berdaftar secara rasmi dan tidak rasmi di Restoran Wau Kota Bharu. Majlis begitu meriah ditambah pula dengan kehadiran Penasihat KYCC dan juga President SOC pahang (mie) yang sanggup sama-sama hadir bg memeriahkan majlis berbuka puasa ni. Majlis yang berlangsung tidak sahaja hanya dengan berbuka puasa malahan ditambah dengan sesi bergambar dan juga pemasangan sticker kepada ahli-ahli baru KYCC yang berdaftar. Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini.
Sesi penyerahan,pemasangan sticker dan sesi bergambar bersama ahli KYCC.
Pemasangan Sticker KYCC pada kereta Mie SOC Pahang, Terima Kasih kerana support KYCC.
Monday, August 22, 2011
UnOfficial TT (UTT) di Umie A.D Restoran
20.08.2011 - Satu UTT dijalankan di Restoran Umie AD yang bertujuan untuk menghimpunkan ahli bagi memudahkan proses pembayaran duit untuk majlis berbuka puasa dan pendaftaran Ahli KYCC. Disamping itu juga, pemasangan sticker Khas KYCC pada 2 buah kereta ahli baru juga dibuat. Buat makluman semua pembaca KYCC merupakan sebuah Kelab yang dianggotai oleh pelbagai model-model Kereta di seluruh Negeri Kelantan...Berikut adalah gambar-gambar sewaktu UTT berlangsung.. selamat menjamu mata....
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































