Wednesday, April 18, 2012

Maklumat baru dari JPJ

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012

... Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2. Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan

3. Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru

4. Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonana di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.

Sekian, terima kasih

"MESRA, CEKAP, TELUS"

Saya yang menurut perintah

Sumber dari : SOSG Facebook.

Friday, April 6, 2012

Program Memanah



Kami AJK Tertinggi KYCC telah merancang untuk melaksanakan satu program memanah bagi semua yang berminat untuk menyertainya pada 12 May 2012 (sabtu). Program ini terbuka kepada semua yang ingin menyertai dengan yuran sebanyak RM 40.00/head. Program ini adalah usaha sama dari pihak KYCC dengan pengurusan memanah dalam memperkenalkan sukan ini kepada orang ramai dan memanah ini juga adalah salah satu daripada aktiviti yang dituntut oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Detail bagi Program ini :

Program : Memanah
Anjuran : Kelantan Youth Car Club
Tarikh : 12 May 2012 (tertakluk kepada sebarang perubahan)
Peserta : 20 orang maximum pada satu sesi (2jam)
Yuran Penyertaan : RM 40.00/head
Tarikh Akhir Bayaran Yuran Penyertaan : 28 April 2012

Setiap penyertaan akan diberi sijil penyertaan dan cenderahati dari pihak KYCC. Sebarang perubahan InsyaAllah akan dimaklumkan dari masa ke semasa... 
Untuk mendaftar atau sebarang pertanyaan boleh la menghubungi:

Khairil Anwar : 013-9819331
E-mie : 014-5224736